top of page

Projek di Sabah perlu dipercepatkan



Sabah telah ketinggalan dalam projek insfrastruktur sejak sedekad lalu yang menyaksikan isu isu asas rakyat masih tidak diselesaikan.


Sehubungan itu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan infrastruktur di negeri itu termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan pelaksanaannya.


Menurutnya, beliau tidak mahu mendengar lagi penangguhan projek pembangunan untuk kemudahan rakyat Sabah.


"Projek tertangguh antaranya menyebabkan dua kesan iaitu kos meningkat dan kesan kepada harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan terutama untuk mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air. Contohnya empangan ini, pastikan supaya ada pelaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan.


"…tekad ini amat kritikal, mendesak untuk rakyat, siapkan lebih cepat dan beri keselesaan kepada rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang," katanya dipetik ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas.


Turut hadir bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Jeffrey Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, dan Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Annuar Ayub.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page