top of page

Projek Dewan SK Minden Height: ADUN, MP sumbang RM415,000

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Kumaresan (kameja putih, oren) bersama Tze Tzin (sebelah) melakukan upacara perasmian pembinaan dewan
Kumaresan (kameja putih, oren) bersama Tze Tzin (sebelah) melakukan upacara perasmian pembinaan dewan

Majlis pecah tanah projek Dewan Terbuka di SK Minden Height telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru.


Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM400,000 bagi menjayakan pembinaan dewan berkenaan sebagai usaha meningkatkan kemudahan pendidikan di sekolah itu.


Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, A Kumaresan turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM15,000 sebagai tanda sokongan terhadap projek terbabit.


"Ini mencerminkan komitmen kami (beliau dan Tze Tzin) sebagai wakil rakyat dalam memastikan murid-murid menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selesa di sekolah," katanya.


Kumaresan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam menjayakan kutipan dana bagi projek tersebut.


"Terima kasih kepada semua penyumbang. Sokongan anda amat dihargai dalam merealisasikan projek ini demi kemudahan murid-murid," jelasnya.


Projek pembinaan dewan terbuka berkenaan dijangka memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya dalam menyediakan ruang yang lebih selesa untuk aktiviti kokurikulum dan program rasmi.


"Saya berharap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan demi manfaat semua pihak," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page