top of page

Projek berkepentingan rakyat diutamakan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pelaburan Awam untuk Pembangunan Tahun 2025 akan meningkat ke RM120 bilion dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Namun Perdana Menteri berkata, pihak kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang projek berskala besar (mega) dalam Belanjawan 2025.


''Pembangunan negara harus menumpukan kepada infrastruktur, prasarana dan projek kepentingan rakyat.


''Dan menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri. Saya akan kepilkan senarai mengikut negeri (setiap negeri) tanpa kecuali diberikan tempat dan juga peruntukan supaya dapat meningkatkan pelaburan,'' katanya.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page