top of page

Projek bekal MyKad babitkan bekas pegawai PM hanya tohmahan liar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 8
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Tohmahan mengaitkan kononnya projek pembekalan MyKad telah dikeluarkan secara tidak telus dan membabitkan sekutu Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri amat tidak bertanggungjawab.


Bagi aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali, dakwaan terhadap sebuah syarikat IT yang dikaitkan dengan firma dipengerusikan usahawan yang pernah menjadi pemimpin KEADILAN, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador sebelum ini sama sekali tidak mempunyai bukti kukuh.


Katanya, sedikit kaitan yang membabitkan Farhash melibatkan pemilikan saham dalam MMAG Holdings Berhad (MMAG). Sedangkan syarikat yang mendapat projek membekalkan MyKad adalah NexG yang mempunyai saham dalam MMAG, bukan sebaliknya.


Malah, ujar beliau, NexG memegang kira-kira 9.5% saham MMAG sebagai sebahagian strategi integrasi logistik dan tiada kaitan langsung dengan projek membekal MyKad. Keseluruhan proses tender dan kelulusan kontrak pembekalan pula disemak dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) secara telus.


Oleh itu, katanya dakwaan dalam artikel disiar portal MalaysiaNow sebelum ini berkenaan projek tersebut amatlah tidak tepat.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

''KDN tak meluluskan dan Anwar juga tak pilih. Ini kesinambungan projek keselamatan negara sejak 2012.


''Nilainya besar sebab melibatkan cip baharu, MyTentera, MyPOCA dan integrasi Digital ID, bukan sebab politik, tapi sebab kemajuan negara.


''Fitnah boleh diulang, tapi fakta tetap kekal. MyKad bukan projek individu tetapi ia benteng identiti Malaysia,'' tegas beliau dalam satu muat naik di Facebook.


Dalam hantaran sama, katanya, NexG Berhad merupakan syarikat Malaysia yang berdaya saing dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.


Ujar beliau yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz, syarikat tersebut turut diselia oleh Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan CyberSecurity Malaysia. Projek pula adalah penerusan sejak 2012, bukannya projek baharu pada era Kerajaan Perpaduan.


"Projek ini bukan zaman Anwar, tapi warisan sejak BN. Datasonic (kini NexG) dah bekal MyKad sejak 2012. Syarikat ini tersenarai di Bursa, dan kekal dipilih oleh setiap kerajaan sebab teknologi, keselamatan dan rekod cemerlang," katanya lagi.


Syam Ghaz juga membariskan kronologi projek berkenaan sejak era Perdana Menteri Najib Razak (2012) dengan jumlah kontrak RM180 juta menghasilkan 10 juta MyKad tambahan; 2016 (PM Najib) – RM318.75 juta, cip dan buku pasport Malaysia; 2020 (era PM Muhyiddin) – ±RM50-100 juta, sambungan kontrak MyKad dan cip keselamatan; 2022 (PM Ismail Sabri) – RM135 juta, lanjutan pasport; dan 2025 (era PM Anwar–Saifuddin Nasution) – RM732.72 juta (2026–2032), kontrak MyKad baharu merangkumi MyTentera, MyPOCA & Digital ID Nasional diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan Kabinet.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page