top of page

‘Projek Ayaq AMK Merbok’ beri kelegaan penduduk sambut Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 12, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Keluh kesah penduduk Parlimen Merbok, Kedah dibayangi masalah bekalan air bersih ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini terubat dengan gerak kerja bantuan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Merbok.


Ketua AMK Merbok, Mohammad Fitri Ismail berkata, sayap pemuda itu mengambil inisiatif melaksanakan ‘Projek Ayaq AMK Merbok’ bagi menghulurkan kotak air mineral kepada penduduk yang terjejas.


Menurut Mohammad Fitri, isu bekalan air bukanlah sesuatu yang asing buat warga Kedah dan tidak ditemui titik penyelesaian di bawah pemerintahan kerajaan Pas - PN yang kononnya memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Mohammad Fitri Ismail

"Isu yang sama berlarutan menjadi tradisi setiap kali raya. Jadi kita lihat ada kelompongan dari segi masalah bekalan air. Sebab itu AMK melakukan program bantuan berpandukan kepada sumber (kewangan) yang kita ada," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas beliau, inisiatif yang bermula pada pertengahan tahun lalu itu setakat ini telah menyantuni lima kawasan di parlimen berkenaan.


"Kita dah masuk lima kawasan dan edaran bekalan ini lebih mengutamakan golongan tua serta tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan air secara sendiri.


"Jadi kita terus agihkan dari pintu ke pintu bekalan air mineral tersebut kepada mereka," ujarnya.


Dalam pada itu, Fitri yang juga Pengarah Komunikasi AMK Kedah memaklumkan gangguan bekalan air yang ditanggung sebahagian besar penduduk di Merbok itu telah berlarutan sejak 9 tahun.


Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri melalui GLC Syarikat Air Darul Aman (SADA) dapat menoktahkan masalah berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page