top of page

Projek Amanat Negara: GLC dan GLIC diseru gembleng tenaga mantapkan ekonomi



Oleh: Abdullah Zaid


Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara demi meningkatkan ekonomi Malaysia.


Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar berkata, ‘political will’ atau kemahuan untuk melakukan perubahan perlu digerakkan segera bagi meletakkan ekonomi negara sebaris dengan rantau lain.


Justeru, GLIC dan GLC diseru untuk melonjakkan pelaburan sektor digital dan tenaga boleh baharu bagi melebarkan pasaran ke negara serantau seperti yang ditetapkan dalam aspirasi negara.


"Sekiranya syarikat tempatan berjaya meningkatkan penggunaan teknologi, maka rakyat akan memperoleh manfaat melalui peluang pekerjaan yang lebih besar.


"Ia sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai yang diperoleh kerajaan," katanya ketika berucap bagi Projek Amanat Negara anjuran Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC), semalam.


Jelasnya, dalam memastikan ikhtiar tersebut direalisasikan, belas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyarankan GLIC dan GLC menyahut seruan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan Madani ketika ini.


Hal itu, katanya, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 (Zero Net 2050) mampu melonjak ekonomi dan kelestarian negara ke paras yang lebih baik.


"Ia bukan perkara mudah untuk dilakukan tetapi dengan dasar dan potensi peluang syarikat tempatan ia mampu meningkat ekonomi negara.


"Oleh itu, dasar-dasar yang diperkenalkan ini perlu disahut bagi memastikan kita tidak ketinggalan berbanding negara lain," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page