top of page

Projek air Kedah: PH sudah tender, kenapa Sanusi gagal selesai pada 2023



Projek loji rawatan air yang dipertikaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor sebagai penyebab berlakunya gangguan bekalan air di musim Aidilfitri tahun ini dibantah oleh mantan Exco Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah.


Datuk Zamri Yusuf yang pernah menjawat Exco Kerja Raya, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga ketika PH mengambil alih pentadbiran pada 2018 berkata, Kerajaan Negeri ketika itu telah melakukan yang terbaik untuk menaiktaraf bekalan air Kedah yang dijangka siap dalam 2 - 3 tahun.


"Kita telah mengambil tindakan dalam mengurangkan air tidak berhasil (NRW), kita juga meneruskan 5 projek loji rawatan air yang hanya baru lepas value engineering, kita meneruskan secepat mungkin. Kita panggil konsultan untuk melengkapkan design


"Kita panggil juga konsultan bincang dengan Pejabat Tanah untuk pengambilan semula tanah dan kerja kerja ini dilakukan sama ada dipengerusikan oleh saya sendiri atau Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri, yang setiap bulan kami memanggil untuk mendapatkan pakej lengkap pelan tender atau pelan pengambilan tanah, spesifikasi pembinaan atau dokumen tender.


"Semuanya dapat disediakan dengan lengkap pada 2019. Kita keluarkan iklan dan kita tender. Kita nak buat tender terbuka, perlukan dokumen lengkap. Sebelum itu hanyalah kelulusan secara dasar oleh pihak kementerian untuk memberi pinjaman kepada kita," kata ADUN Suka Menanti itu dalam siaran media TikTok.


Setelah proses tender selesai, kata Zamri yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah itu, maka Kerajaan Negeri ketika itu melantik agensi pelaksana untuk meneruskan proses pembinaan yang mengambil masa sekurang kurangnya 2 tahun.


"Siapa nak buat? Tak kan sebuah operator air akan mengendalikan projek hampir RM1 bilion di Kedah. Kita harus melantik agensi pelaksana. Maka kita melantik JKR sebagai agensi pelaksana.


"JKR lihat dokumen, JKR buka tender dan Januari 2020 telah ditender dengan tempoh 2 tahun untuk selesai projek bekalan air di Kedah


"Tetapi bila dapat kepada Sanusi yang sepatutnya selesai 2023 sekarang kenapa baru 10% pembinaan," katanya lagi.


Sebelum ini Sanusi berkata, sejak 2013 Kerajaan Negeri telah mengenal pasti dan memuktamadkan langkah mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW) selain penggantian paip utama dan keperluan loji rawatan air baharu.


“Selepas melalui proses rundingan harga dan aspek teknikal, kerajaan Pusat setuju memberi geran dan pinjaman untuk lima LRA baharu berjumlah RM931 juta. Iklan tender pembinaan pun dikeluarkan dan kebetulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlaku di mana PH mendapat kuasa.


“Atas dasar sangsi dan kurang percaya terhadap kerajaan sebelum PRU14, PH menarik semula iklan tender. Mereka melantik konsultan baharu untuk mengkaji langkah bagi mengatasi masalah air dan kos yang wajar,” kata Sanusi menerusi Facebooknya kelmarin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page