top of page

Program YADIM perkukuh semangat Malaysia madani di Kota Damansara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read
Zairudin (empat dari kanan) di  Program YADIM Peduli: Penyerahan Bakul Madani, Kota Damansara
Zairudin (empat dari kanan) di Program YADIM Peduli: Penyerahan Bakul Madani, Kota Damansara

Nilai kebajikan, kedamaian dan akhlak mulia menjadi asas penting dalam pembinaan masyarakat yang harmoni, selaras dengan gagasan Malaysia Madani yang terus diperjuangkan kerajaan.


Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zairudin Hashim menegaskan bahawa Malaysia Madani merupakan kerangka yang memupuk sikap saling menghormati serta mampu mengurangkan konflik dalam masyarakat majmuk di negara ini.


"Gagasan Malaysia Madani memupuk masyarakat yang berakhlak mulia, di mana ia menekankan nilai kebajikan dan kedamaian — bagi membentuk sikap saling menghormati dan mengurangkan konflik," katanya ketika berucap dalam Sesi Dialog Malaysia Madani sempena Program YADIM Peduli: Penyerahan Bakul Madani di Dewan Serbaguna Surau Al Falah, Seksyen 6 Kota Damansara, semalam.

Sumbangan Bakul Madani turut dihulur kepada yang memerlukan
Sumbangan Bakul Madani turut dihulur kepada yang memerlukan

Zairudin turut menambah bahawa gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) itu memainkan peranan penting dalam memperteguh perpaduan sosial rakyat Malaysia.


"Gagasan ini memperteguh perpaduan sosial — semangat saling membantu masyarakat disuburkan, seterusnya meningkatkan kerjasama dan kesejahteraan bersama," katanya.


Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, bersama YADIM Negeri Selangor, Persatuan Penduduk Seksyen 6 serta Surau Al-Mukmin Seksyen 8 PPR Kota Damansara itu bertujuan meringankan beban masyarakat setempat.


Sebanyak 50 kanak-kanak Tabika KEMAS yang bakal memasuki alam persekolahan menerima sumbangan peralatan sekolah yang disampaikan oleh Puan Ummu Hani Husna Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM.


Selain itu, 50 keluarga asnaf turut menerima Bakul MADANI sebagai bantuan keperluan asas.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page