top of page

Program Walkathon Madani Batu Uban 1.0 meriahkan Hari Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18, 2024
  • 1 min read

ree

Hari Malaysia kelmarin dimeriahkan dengan Program Walkathon Madani Batu Uban 1.0 di Raffle Park, Gelugor anjuran Pusat Khidmat KADUN Batu Uban.


Menurut ADUN Batu Uban, A Kumaresan, program tersebut berjaya dan meriah disertai penduduk tempatan yang menyambut perayaan hari bersejarah sambil melakukan senaman menyihatkan badan.


"Kami menganjurkan Program Walkathon Madani Batu Uban 1.0 di Raffle Park, Gelugor.


"Seramai 300 orang mengambil bahagian dengan jarak 3.5km.


"Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Batu Uban dengan kerjasama Lions Club Penang Millennium," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan acara berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page