top of page

Program Vendor Bumiputera beri manfaat 107 syarikat - KUSKOP



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak RM33 juta dibelanjakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Program Pembangunan Vendor Bumiputera (PPV) dalam tempoh tiga tahun.


Timbalannya Datuk R Ramanan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 43 syarikat vendor bumiputera menerima manfaat peruntukan RM22.5 juta hasil daripada Geran Penyelidikan dan Pengkomersialan.


Manakala, bagi Program Pembangunan Kapasiti Vendor, sebanyak 64 syarikat telah menerima RM10.5 juta.


"Selain itu inisiatif pemotongan cukai dua kali kepada syarikat teras bagi perbelanjaan untuk pembangunan program vendor bumiputera sehingga RM500 ribu diberikan oleh KUSKOP," katanya dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) menyatakan keberkesanan inisiatif tersebut dan langkah yang diambil agar proses tender itu dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.


Mengulas lanjut, Ramanan berkata kerjasama Kementerian Kementerian melalui proses perolehan itu dilaksana berpandukan lima prinsip antaranya, akauntabiliti awam, pengurusan yang telus, jaminan nilai faedah terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama.


"Perolehan yang digunakan kerajaan adalah amalan terbaik perolehan awam di peringkat antarabangsa selain kerajaan sentiasa mengemas kini (proses perolehan) agar selaras dengan dasar semasa kerajaan," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page