top of page

Program Usahawan KEADILAN Januari 2022: Elotes Cartel

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 14, 2022
  • 1 min read


Program Usahawan KEADILAN fokus membantu peniaga-peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana, khususnya anggota KEADILAN.


Program ini telah membantu beberapa usahawan sepanjang tahun lalu. Pada 2022 KEADILAN akan lebih giat mengiklan produk usahawan yang menyertai program ini.


Usahawan KEADILAN Januari 2022 adalah: Elotes Cartel.


Elotes Cartel memperkenalkan makanan citarasa Mexico yang berasaskan jagung. Perkataan “Elotes” itu sendiri merupakan Bahasa Mexico yang bermaksud Jagung. Olahan jagung ini adalah makanan “street food” yang terkenal di negara Amerika Latin


Jagung yang dicelup susu sebelum dibakar kemudian disalut “sour cream” lemak berkrim dan dihujani keju paprika serta herba terpilih, bakal membuka selera penggemar makanan manis dan pedas.


Selain daripada jagung bakar Mexico ini, terdapat juga berbagai menu jagung lain dan beberapa jenis makanan dijual.


Sila kunjungi Kiosk Elotes Cartel di:


No . 5 Kiosk PJS 8, DATARAN MENTARI, PETALING JAYA,


Sambil membeli sambil kita menyokong usahawan anggota KEADILAN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page