top of page

Program ubat PrEP akan diperluas mulai tahun hadapan



Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperluas Program ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) kepada 30 lagi klinik kesihatan tahun depan.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, program perintis untuk rawatan pencegahan HIV itu dilaksanakan di 18 Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) selama 12 bulan bermula Januari lalu sebelum diperluaskan kepada 21 klinik.


"Ada pesakit di Kelantan, contohnya mereka mahu dirawat tetapi tiada fasiliti disediakan setakat ini, jadi mereka terpaksa datang ke Kuala Lumpur.


"Itu ada permintaan maka kita akan perluaskan lagi perkhidmatan ini kepada 30 klinik kesihatan pada 2024," katanya menjawab seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa mengenai status program perintis PrEP, serta bilakah program ini akan diperluaskan ke pusat kesihatan lain.


Sementara itu, Dr Zaliha memaklumkan sehingga 30 September 2023, seramai 2,714 individu menerima PrEP dan berdasarkan analisis awal sehingga bulan keenam penggunaan PrEP, terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis iaitu daripada 11 peratus kepada kurang satu peratus.


"Peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus serta klien yang mempunyai 'multiple sexual partner' juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus.


"Seramai 14 klien berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page