top of page

Program tak beri impak, bebankan guru dimansuh - Fadhlina



Sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru akan dimansuhkan.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pemansuhan itu akan bermula bagi sesi persekolahan 2023/2024.


Ia merupakan antara tujuh langkah segera yang diambil, dalam teras kelima Kementerian Pendidikan (KPM) yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan dihadapi para guru

"Kesemua langkah ini akan diperincikan oleh pengurusan tertinggi KPM dan akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024. KPM sentiasa komited memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara," katanya.


Difahamkan pemansuhan itu membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya.


Beliau sementara itu memakumkan kementeria juga akan mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.


"Langkah lain ialah menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru, iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang, bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem," katanya.


Fadhlina juga mengumumkan pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat.


Pelantikan dibuka kepada pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidian Tinggi (IPT) yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.


KPM juga katanya, akan mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah, selain menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999 yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.


Langkah ketujuh pula ialah memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikanDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page