Program subsidi harga barang keperluan yang dilakukan Kerajaan Negeri dengan nama Program Intervensi Ehsan amat dihargai oleh pengguna.
Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, program tersebut telah merekodkan jualan melebihi setengah juta ringgit.
"Program Intervensi Ehsan membolehkan barang basah berkualiti dibeli pada harga lebih murah dan telah merekodkan jualan melebihi setengah juta, di mana rakyat Selangor dapat berjimat hampir RM200,000 sejak 8 April.
"Jelajah akan diteruskan ke seluruh Selangor," katanya.
Comments