top of page

Program Sentuhan Kasih Ramadan KEADILAN kemaman, NGO




Program Sentuhan Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman bersama NGO Kelab Belia Bakti Chukai (Kebakti) baru baru ini berjaya menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.


Menurut Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob (gambar, kiri), program berkenaan membantu masyarakat yang memerlukan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.


"Objektif program ini adalah untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan antaranya golongan kurang upaya, asnaf, anak yatim dan juga ibu tunggal.


"Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditangung oleh mereka yang memerlukan justeru menghadirkan senyuman pada mereka di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.


Turut bersama menjayakan program berkenaan adalah Setiausaha biro, Mohd Aizad Safwan Abdul Majid.


KEADILAN Kemaman juga mengucapkan gterima kasih kepada pihak Kebakti yang sudi hadir membantu melancarkan program berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page