Program Vaksin Selangor (Selvax) bagi sektor perindustrian dijangka akan menurunkan jangkitan Covid 19 di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kluster industri adalah punca utama kes jangkitan di negeri itu tinggi untuk berbulan-bulan lamanya.
"Sekiranya kita dapat memberikan vaksin sebanyak mungkin kepada pekerja kilang termasuk pekerja asing, maka kilang-kilang ini tidak perlu ditutup.
"Walaupun kita menutup kilang dan pekerja tinggal di rumah, mereka masih akan dijangkiti selagi tidak diberi vaksin," katanya dipetik.
Bagi MB, vaksin amat penting kerana dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sesetengah industri dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk beroperasi dan menyukarkan usaha memutuskan rantaian Covid 19.
Minggu lalu, Amirudin mengumumkan Selvax Industri akan menyediakan dua juta dos vaksin kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal dan melindungi semua pihak
Maklumat berkaitan Selvax boleh dicapai melalui pautan https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600. Orang ramai juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram @SelangorVAX.
Comments