Ketibaan bulan Ramadan karim pada minggu hadapan disambut kerajaan Selangor dengan Program Selangor Bertadabbur 2024.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini hadir ke salah satu program tadabur di Masjid Al Husna, Subang Jaya dalam usaha menggalakkan program berkenaan yang masuk tahun keenam berkembang luas.
"Saya hadir bersama-sama Exco Agama, YB Dr Fahmi Ngah ke Program Selangor Bertadabbur 2024 anjuran Asatizah Selangor di Masjid Al Husna, Subang Jaya.
"Program ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya dan bakal melibatkan 20 surau dan masjid terpilih sepanjang Ramadan nanti," katanya dalam catatan di Facebook.
Menurut Amirudin, kerajaan Selangor pimpinan PH-KEADILAN bukan sahaja menyediakan pembangunan manusiawi sebagaimana dipolitikkan pembangkang tetapi juga menyediakan pengisian rohani sepanjang Ramadan dan sepanjang tahun.
"InshaAllah, program ini akan dijalankan di sekolah-sekolah, masjid dan surau sebagai ikhtiar mendekatkan masyarakat dengan al-Quran kerana al-Quran adalah panduan hidup umat Islam," katanya lagi.
Comments