top of page

Program Sekolah Dalam Hospital diperluas ke Hospital Orang Asli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 7
  • 1 min read

ree

Kementerian Pendidikan (KPM) merancang memperluaskan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) ke Hospital Orang Asli, Gombak menjelang hujung tahun ini.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bagi memastikan anak-anak Orang Asli tidak tercicir dalam pendidikan walaupun sedang menjalani rawatan.

"KPM sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melengkapkan persiapan ke arah pelaksanaan program tersebut," katanya dipetik.


Terdahulu Fadhlina hadir ke Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama antara KPM dan KKM serta Perasmian Program SDH di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur pada Selasa.


Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Program SDH merupakan perkhidmatan pendidikan formal dan berstruktur di hospital, yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fleksibel, menyeronokkan, serta berfokus kepada kesediaan murid, dalam suasana selesa dan kondusif.


Sehingga kini, 19 buah SDH beroperasi di seluruh negara — 16 di bawah fasiliti KKM, manakala selebihnya di hospital pengajar universiti.


Sementara itu menurut Fadhlina, seramai 50,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada SDH yang dilaksanakan di 19 fasiliti kesihatan.


"Untuk tahun ini, khusus bagi peperiksaan SPM 2024, sebanyak 91 peratus pelajar dari SDH lulus dan layak mendapat sijil," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page