Program saringan percuma Covid 19 ke Daerah Hulu Selangor


Program saringan percuma Covid 19 Selangor bergerak ke satu lagi kawasan, iaitu di Daerah Hulu Selangor.


Menurut Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui, program berkenaan diadakan selama dua hari, iaitu 7 dan 8 Jun 2021.


Katanya, saringan di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Batang Kali yang diadakan pada 7 Jun itu mendapat sambutan dengan kehadiran lebih 1,500 orang yang mendaftar, menunjukkan kesedaran rakyat semakin meningkat.


"Kita adakan satu program saringan Covid 19 percuma untuk rakyat seluruh Daerah Hulu Selangor. Pagi ini kita mulakan pukul 9.00 pagi dan kehadiran memuaskan.


"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu sertai program saringan ini secara percuma.


"Ambillah peluang keemasan buat saringan sebab kita tak tahu sama ada kita pembawa wabak Covid atau tidak. Kita harus sayangi diri, sayangi keluarga serta masyarakat," katanya.


Menurut June lagi, program saringan Covid itu akan diteruskan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu dan Dewan Ulu Bernam pada hari seterusnya. Masa dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


"Bagi Dewan Bukit Sentosa ini semua lapisan masyarakat, anak kecil, Orang Asal juga hadir.


"Untuk kilang pula, mereka buat sendiri saringan namun kami turut war-warkan kepada mereka untuk proses saringan percuma ini.


"Pemberitahuan kita buat melalui MPKK, persatuan penduduk dan kepada syarikat-syarikat. Banyak saluran kita gunakan termasuk media sosial," katanya lagi.


Dalam program saringan tersebut kehadiran penuh seramai 1657 dan sebanyak 53 individu disahkan positif Covid 19.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER