top of page

Program rumah terbuka, jamu rakyat pun salah?



Pemimpin pembangkang dinasihatkan untuk berfikir dengan lebih jernih terhadap program Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri yang akan dianjurkan mulai Sabtu ini melibatkan 6 negeri.


Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, tiada apa yang salah atau pun tindakan mahu mempengaruhi pengundi dengan penganjuran jamuan rakyat berkenaan.


Beliau berkata demikian membidas dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya bahawa program jamuan tersebut akan menyebabkan berlaku banyak pembaziran dan bermotifkan politik.


Kata Kamil, kritikan Ahmad itu bukan sahaja bersifat prejudis terhadap Anwar malah membuktikan mereka sakit hati kepada usaha dilakukan Anwar untuk menyantuni rakyat.


"Apa yang Perdana Menteri buat semua tak betul. Rumah terbuka pun salah, basmi kemiskinan tegar pun salah.


"Silap hari bulan, kalau Perdana Menteri nak pulihkan masalah air di Kelantan pun nanti dianggap agenda Freemason.


"Sakit. Hati mereka ini sakit," kata Kamil menerusi ciapan di Twitternya.


Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri bermula di Kedah pada 29 April ini bertempat di Hotel Raia Alor Setar.


Selain kedah ia akan diadakan di Pulau Pinang pada 6 Mei, Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page