top of page

Program rintis Tingkatan 6 di universiti awam bermula bulan depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 27
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan program rintis Pendidikan Tingkatan Enam di dua universiti awam bermula bulan depan sebagai usaha memperkukuh laluan akademik prauniversiti.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, program tersebut akan dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), dan bertujuan menyediakan pelajar dengan suasana pembelajaran yang lebih menyerupai alam universiti.


"Insya-Allah, pada 10 Jun ini kita akan menerima pengambilan pertama melibatkan 100 pelajar di UKM dan 60 pelajar di USM.


"Kami amat menantikan pelaksanaan program rintis ini. Guru-guru KPM juga telah bersedia sepenuhnya," kata beliau dipetik.


Fadhlina berkata begitu pada Majlis Pelancaran Koleksi Komik Wira Anti Rasuah, terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Isnin.


Sementara itu menurut Fadhlina, program rintis Tingkatan Enam itu akan diperluaskan ke universiti awam lain secara berperingkat, bergantung kepada keperluan dan keberkesanan pelaksanaan awal.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page