top of page

Program Ramah Mesra DUN Rembia tarik 130 peserta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 49 minutes ago
  • 1 min read
Mohd Khuzaire (empat dari kanan) bersama Datuk Azman dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Rembia anjuran KEADILAN Alor Gajah, Melaka
Mohd Khuzaire (empat dari kanan) bersama Datuk Azman dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Rembia anjuran KEADILAN Alor Gajah, Melaka

Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Rembia yang dicetuskan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire, mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 130 orang, baru baru ini.


Program itu turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang meluangkan masa bersama masyarakat dalam sesi ramah mesra, selain bertukar pandangan dan mendengar suara rakyat secara lebih dekat.


Kehadiran Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan, Rosmawaty, Ketua Cabang KEADILAN Jelebu, Cikgu Zainal Fikri, barisan pimpinan, ahli jawatankuasa cabang serta jentera turut memberi sokongan kepada program berkenaan.


Menurut kenyataan KEADILAN Alor Gajah, program tersebut bukan sahaja menjadi wadah untuk mendekati masyarakat, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.


"Semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara diraikan bersama dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.


"Ini menjadi simbol bahawa semangat Malaysia bukan hanya dizahirkan melalui sambutan, tetapi juga melalui usaha kita memperkukuhkan perpaduan dan kebersamaan masyarakat," katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, program berkenaan turut menjadi ruang penting untuk memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat serta memperkemaskan persiapan dan gerak kerja jentera bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Kata kenyataan itu, penglibatan masyarakat dalam program berkenaan membolehkan pimpinan dan jentera parti memahami aspirasi serta isu yang dihadapi penduduk secara lebih dekat.


"Terima kasih kepada seluruh masyarakat DUN Rembia serta semua pimpinan dan jentera yang hadir menjayakan program ini," katanya.


Program berkenaan turut menampilkan gimmick semangat kemerdekaan sebagai sebahagian daripada pengisian bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page