top of page

Program pinjaman peranti PdPR mengecewakan rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 11, 2021
  • 1 min read


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membayangkan dalam Belanjawan 2021 akan memberi laptop dan tablet percuma kepada pelajar dari keluarga yang tidak bermampuan membeli peranti untuk program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.


Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN, Datuk Ramanan Ramakrishnan harapan itu tinggal harapan apabila Inisiatif Program Cerdik kemudiannya mengumumkan pemberian peranti secara pinjaman.


"Menteri-menteri PN pernah menyebut bahawa Program Cerdik merupakan pemberian komputer riba dan tablet secara "Percuma" kepada pelajar yang tidak mempunyai peranti untuk proses pembelajaran. Malangnya ianya merupakan skim pinjaman seperti skim pinjaman buku teks.


"(Sudahlah begitu) program "pinjaman" peranti ini juga hanya diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri-negeri tertentu. Mengapa wujud diskriminasi sedemikian?" tanyanya.


Beliau kesal kerana akhirnya NGO dan penderma berhati mulia pula yang mengambilalih tempat kerajaan membekalkan peranti kepada pelajar-pelajar tersebut.


Hal itu, katanya menyebabkan rakyat semakin curiga dengan tindak tanduk kerajaan PN yang dilihat lebih banyak bermain politik daripada membantu rakyat.


"Ketidakjujuran kerajaan PN mengenai Program Cerdik ketika pembentangan Belanjawan 2021 membuatkan rakyat lebih sangsi akan matlamat dan keabsahan kerajaan Muhyiddin Yassin dalam memelihara kebajikan rakyat," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page