top of page

Program Pidato Celik Madani: Tonjol keyakinan nilai murni generasi muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28
  • 1 min read

Pidato Celik Madani 2025 peringkat Wilayah Persekutuan cungkil bakat muda
Pidato Celik Madani 2025 peringkat Wilayah Persekutuan cungkil bakat muda

Program Pidato Celik Madani 2025 peringkat Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan berjaya menarik penyertaan seramai 47 peserta dari seluruh Wilayah Persekutuan. Program berlangsung di Ibu Pejabat YADIM, Kompleks Islam Putrajaya.


Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Sekolah Rendah, Menengah Rendah dan Menengah Atas, dengan juara setiap kategori bakal mara ke peringkat kebangsaan.


Sembilan peserta yang berentap di peringkat akhir mempersembahkan pidato berteraskan nilai-nilai Malaysia Madani, memperlihatkan kefahaman mereka terhadap jati diri kebangsaan serta tanggungjawab sebagai rakyat.


Pengarah YADIM Kuala Lumpur dan Putrajaya, Encik Zairudin Hashim, berkata program ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya platform untuk membina keyakinan diri dan keperibadian berasaskan nilai Madani.


"Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi generasi muda, di mana mereka belajar menyusun hujah dengan jelas serta berani berucap di hadapan khalayak," katanya.


Beliau turut menegaskan bahawa pertandingan seperti ini berupaya menjadi medium mendidik murid dengan nilai murni, tanggungjawab serta semangat cintakan negara.


Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah KEMUDA YADIM, Encik Shahrizal Mat, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak terlibat dalam menjayakan program ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page