Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim direka khas untuk melahirkan pemimpin masa depan yang bertekad menzahirkan keadilan sosial, tatakelola baik dan kesuburan demokrasi dibuka untuk pengambilan calon berkelayakan.
Menurut pengarah program berkenaan, Yusmadi Yusoff, program tersebut merangkumi tiga sesi pengambilan setahun dan peserta akan didedahkan kepada sesi sidang Dewan Rakyat serta kerja kerja pembuat dasar.
"Perantis akan mengikuti sidang sepanjang tempoh Mesyuarat Dewan Rakyat dan boleh melibatkan diri dalam kerja legislatif pra- dan pasca-sidang.
"Perantis juga berpeluang menyertai kursus, libat urus bersama pemegang taruh dan program lapangan mengenai politik dan dasar awam.
"Program ini sesuai untuk individu dinamik yang mempunyai minat kepada dasar awam dan politik, daya kepimpinan, intelek dan etika yang tinggi, keperibadian yang inklusif dan kemahiran berkomunikasi serta berorganisasi yang cemerlang," katanya.
Tempoh program pertama bermula 15 Februari hingga 15 April 2022. Permohonan untuk tempoh berkenaan boleh dihantar kepada Yusmadi Yusoff, Pengarah Program, di yusmadi@yusmadi.my.
Comments