Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim (AILI) dibuka untuk pengambilan
- Suara Keadilan

- Jul 7, 2022
- 1 min read

Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim (AILI) yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu kini kembali lagi untuk pengambilan peserta baharu.
Menurut pegawai undang undang di pejabat Presiden KEADILAN, Yusmadi Yusoff, penyertaan program ini terbuka kepada warganegara yang berminat untuk mendalami aspek kepimpinan serta penggubalan dasar negara.

"Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim direka khas untuk pemimpin masa depan yang berazam menegakkan keadilan sosial, tatakelola baik dan demokrasi.
"Program ini dijalankan mengikut 3 cohort diselaraskan mengikut Takwim Parlimen. Setiap cohort akan mengikuti sidang Dewan Rakyat dan terlibat dalam kerja legislatif.
"Perantis juga berpeluang untuk mengikuti sesi latihan, libat urus bersama pemegang taruh dan rombongan lapangan yang berkaitan dasar dan politik," katanya.

Menurut beliau lagi, individu yang berminat terhadap politik semasa dan kepimpinan negara dialu alukan memohon.
"Kami mengalakkan permohonan daripada individu dinamik yang minat dasar dan politik, berpotensi kepemimpinan, berintelek tajam, etika tinggi, perwatakan inklusif dan berkemahiran komunikasi serta organisasi," katanya.
Permohonan boleh dilakukan melalui borang Google dan pemohon perlu menyertakan Curriculum Vitae (CV) masing masing di pautan berikut: https://tinyurl.com/ailintern
Tarikh tutup permohonan pada 12 Julai 2022.




Comments