top of page

Program Pemutihan Tenaga Kerja dilanjutkan, atasi isu PATI



Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau program pemutihan pendatang tanpa izin (PATI) sehingga akhir tahun ini


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution keputusan melanjutkan program itu dibuat pada Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.


Program itu juga salah satu jalan penyelesaian yang ditawarkan secara tidak rasmi oleh Pakatan Harapan dalam menghadapi masalah kekurangan pekerja sektor kurang disertai rakyat Malaysia sepanjang kempen pilihanraya lalu.


"Program ini mampu menyediakan keperluan tenaga kerja daripada tenaga asing yang sudah ada dalam negara kita.


"Mereka hanya tampil, buat bayaran dan kemudian dibenarkan untuk bekerja. Maknanya sektor pekerjaan terisi, majikan ada pekerja, mereka yang dokumen tidak sempurna kita bantu, sektor kritikal pun ada pekerja.

"Melalui rekalibrasi tenaga kerja, kerajaan menjana lebih RM700 juta (daripada kompaun dibayar). Selain itu, kita dapat kenal pasti mereka kerana rekod sudah ada dan kita kenakan bayaran yang kemudiannya menyumbang kepada dana kerajaan," katanya.


Sehingga 31 Disember lalu, seramai 418,649 orang PATI berdaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang PATI mendaftarkan diri untuk Program Rekalibrasi Pulang.


Sebagai sebahagian usaha menangani isu PATI di negara ini, kerajaan menetapkan syarat-syarat yang lebih fleksibel untuk program kali ini.


Namun dalam masa sama kerajaan memberi jaminan tidak sama sekali menggadai pertimbangan dalam aspek keselamatan dan kedaulatan undang-undang.


"Aspek-aspek tapisan lain berhubung keselamatan tetap terpakai. Aspek kebajikan pekerja asing tetap terjaga dan sektor-sektor ekonomi dapat memenuhi keperluan mereka.


"Kita faham akan ada kebimbangan (lambakan pekerja asing), kerajaan ada siling keperluan pekerja asing yang munasabah iaitu sejumlah 2.4 juta menjelang 2025 iaitu 15 peratus dari jumlah tenaga kerja negara.


"Keperluan kerancakan ekonomi hanya bagi sektor kritikal. Ada sektor belum dibuka pekerja asing supaya ia diutamakan kepada tenaga tempatan. Ia tidak mengambil peluang kerja rakyat tempatan kerana ia hanya bagi pekerjaan 3D, peluang kerja rakyat tempatan tidak terusik,” kata Saifuddin lagi.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page