top of page

Program Pemerkasaan Komuniti Sabah berjaya tanam semangat kenegaraan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27
  • 1 min read
ree

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman


Program Pemerkasaan Komuniti Sabah anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia yang diadakan di Hotel Mozart, Kudat baru baru ini telah berjaya menanam semangat kenegaraan dan kemasyarakatan kepada lebih 100 orang penggerak masyarakat di sekitar Daerah Kudat.


Program sehari itu telah disempurnakan majlis penutupnya oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

 Datuk Azman merasmikan penutup program
 Datuk Azman merasmikan penutup program

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kudat, Stefly Said, program tersebut berjaya memberi pendedahan kepada pemimpin tempatan supaya dapat memahami prinsip kenegaraan dan menimbulkan rasa cinta dan semangat patriotik kepada negara melalui kefahaman Rukun Negara.


"Saya berharap program seumpama ini dapat diadakan lebih kerap untuk pimpinan masyarakat tempatan dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan Akademi Kenegaraan Malaysia di Sabah yang berjaya menyuntik semangat perpaduan kepada peserta-peserta yang hadir," katanya.


Turut sama dalam program itu adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Rahman Yakob dan pimpinan KEADILAN tempatan yang lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page