top of page

Program pampasan vaksin penting tingkat keyakinan rakyat - Chean Chung



Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional menyegerakan pengumuman program pampasan vaksinasi untuk mengurangkan kekhuatiran rakyat untuk menerima vaksin.


Katanya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar harus mengikut jejak langkah Singapura yang mempunyai program pampasan sedemikian terhadap penerima vaksin sekiranya mereka mendapat kesan sampingan.


"Saya telah menerima suntikan dos pertama pada petang tadi (semalam) dan saya berpendapat bahawa rancangan pampasan vaksinasi dapat menjamin bantuan kewangan bagi mereka yang masuk ke hospital atau cedera selepas menerima vaksin.


"Kerajaan Singapura telah mengumumkan rancangan pampasan yang dinamakan ‘Vaccine Injury Financial Assistance Programme’. Bagi mereka yang dimasukkan ke wad kecemasan selepas mendapat suntikan vaksin akan memperolehi pampasan sebanyak RM30,000 manakala bagi mereka yang meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal akan mendapat pampasan sebanyak RM680,000.


"KEADILAN beberapa kali memohon kepada Kerajaan untuk mengumumkan maklumat terperinci berkenaan rancangan pampasan vaksinasi ini tetapi sampai ke hari ini alasan yang diberi masih dalam tahap perbincangan.


"Sekarang, program vaksinasi telah bermula tetapi kerajaan masih enggan mengumumkan sebarang maklumat berkenaan rancangan pampasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Semambu itu lagi, kerajaan tidak boleh memperkecil kesan sampingan vaksin biar pun peratusannya sangat rendah.


Tindakan seumpama itu, katanya akan mengurangkan jumlah rakyat yang mendaftar secara sukarela untuk disuntik vaksin.


"Memang kesan sampingan adalah sangat rendah. Statistik antarabangsa menunjukkan bahawa hanya 1 hingga 2 penerima vaksin mengalami gejala anafilaksis dalam 100,000 penerima suntikan. Manakala, sehingga 27 Januari, hanya 3 dari 113,000 penerima vaksin di Singapura mengalami gejala anafilaksis.


"Walaupun begitu, pengumuman rancangan pampasan vaksinasi tersebut adalah sangat penting. Ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat dalam menerima vaksinasi dan menunjukkan bahawa kerajaan sudi menanggung risiko tersebut bersama rakyat.


"Saya memohon agar Khairy segera mengumumkan maklumat perinci berkenaan rancangan pampasan itu agar boleh menggalakkan rakyat untuk mendaftarkan diri menyertai vaksinasi melalui aplikasi Mysejahtera.


"Sasaran kerajaan adalah untuk memberi suntikan vaksin kepada 25.6 juta rakyat, walaupun 1 juta rakyat telah mendaftarkan diri, perjalanan ini masih jauh," katanya lagi.


Selain itu, Chean Chung juga mengucapkan penghargaan kepada barisan hadapan dan pegawai perubatan yang terlibat dalam proses vaksinasi. Beliau berharap agar orang ramai segera mendaftar diri kerana tindakan tersebut penting bagi negara untuk memerangi wabak Covid-19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page