top of page

Program MyLesen: 1,000 penunggang dapat lesen percuma di Tambun



Program pemberian lesen menunggang motorsikal, MyLesen, secara percuma di parlimen Tambun setakat ini telah disempurnakan dengan lebih 1,000 penerima.


Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Shamsul Iskandal Mohd Akin (gambar, dua dari kanan), PM telah menganjurkan program MyLesen itu sejak 3 bulan lalu dan penyertaan diterima daripada semua peringkat usia.


"Melalui program ini, mereka menghadiri kelas, menjalani latihan untuk mendapatkan lesen motosikal tanpa melibatkan sebarang kos.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun telah meluluskan sebanyak RM300,000 melalui ICU untuk Program MyLesen Parlimen Tambun di bawah JPJ ini.


"Ini bermakna sekitar RM300 seorang untuk penerima lesen B2 iaitu lebih 1,000 penerima, dan terbuka kepada semua peringkat umur di parlimen Tambun.


"Dalam program ini juga kita berjaya menyerahkan bantuan seperti topi keledar percuma kepada semua yang terlibat dalam," katanya sewaktu menghadiri program penyerahan lesen kepada penunggang motorsikal semalam.


Menurut Shamsul lagi, beliau juga menemubual beberapa penerima lesen yang telah mencuba beberapa kali menduduki ujian namun gagal dan patah semangat untuk mendapatkan lesen kerana beban kewangan.


Dengan program percuma MyLesen, mereka mencuba sekali lagi dan berjaya.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dari awal hasil usahasama Pejabat Ahli Parlimen Tambun dengan Pejabat Pembangunan Negeri Perak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


"Program MyLesen adalah komitmen dan usaha cakna Kerajaan untuk membantu mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan.


"Saya doa semoga sedikit sebanyak dapat membantu warga Tambun untuk memudahkan pergerakan bagi menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi, seterusnya membantu meningkatkan pendapatan isi rumah," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page