top of page

Program MEKAR Diaspora akan diperluas - Saifuddin



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Diaspora akan ditambah baik dan dilaksana di lebih banyak lokasi di seluruh dunia.


Mengulas penganjuran program anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu yang berlangsung dari 1 hingga 6 Feb lalu di Arab Saudi, Saifuddin berkata ia telah berjaya menguruskan 240 perkhidmatan dan nasihat berkaitan hal ehwal pendaftaran negara kepada 135 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.


Antara perkhidmatan dan nasihat yang ditawarkan ialah pembaharuan kad pengenalan, cabutan sijil lahir serta permohonan kewarganegaraan.


"Program MEKAR Diaspora akan terus ditambah baik dan dilaksana di lokasi lain di seluruh dunia bagi memberikan khidmat melangkaui kebiasaan kepada rakyat Malaysia," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.


MEKAR Diaspora, antara lima kategori Program MEKAR JPN yang menawarkan perkhidmatan dan nasihat berkaitan hal ehwal pendaftaran negara khusus bagi rakyat Malaysia di luar negara.


Saifuddin berkata, peluasan program itu di luar negara melengkapi aspirasi Kerajaan Perpaduan yang sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi terhadap kebajikan dan kemakmuran rakyat Malaysia yang tidak hanya terhad dalam negara.


"Ini termasuklah perihal pendaftaran negara yang merupakan asas kepada kemenjadian seorang rakyat Malaysia," jelasnya dalam kenyataan tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page