top of page

Program MM2H catat simpanan kewangan hampir RM1 bilion



Program Malaysia Rumah Keduaku atau MM2H telah mencatat simpanan (deposit tetap) daripada peserta yang layak hampir RM1 bilion dalam setahun terakhir ini.


Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Datuk Seri Ir Hasni Mohammed (BN - Simpang Renggam).


Menurut Saifuddin, syarat yang diperketatkan kepada peserta tersebut telah menjadikan simpanan yang diwajibkan berjumlah RM1 juta namun program MM2H katanya, kekal menarik perhatian warganegara luar yang mahu menghabiskan usia tua mereka di Malaysia.


"Beberapa perubahan syarat telah dikenakan terhadap pemohon dalam program Malaysia Rumah Keduaku ini.


"Ianya termasuk pendapatan dinaikkan, aset cair, mereka perlu ada simpanan tetap. Bila dah lulus kena segera buka akaun simpanan tetap. Kita naikkan, kalau dulu RM300,000, RM150,000 kita naikkan RM1 juta.


"Mesti lulus tapisan keselamatan. Sebab sebelum ini ada yang lolos program tetapi dia terlibat aktiviti pengintipan. Itu memang berlaku. Kerana itu kita perketatkan syarat.


"(Dengan syarat ketat) kita harap dapat peserta yang berkualiti. Kedua, syarat lebih kompetitif berbanding negara lain kerana niat sebenar program ini kita nak tarik peserta luar negara menghabiskan usia persaraan mereka, atau mereka masuk dengan kepakaran yang diperlukan negara dan mereka boleh bawa pasangan, anak, ibu, ibu mertua, bapa mertua


"Kita bagi mereka multiple-entry visa unlimited. Kita bagi juga 5 tahun kelulusan autorenewal anak mereka boleh belajar dengan pas MM2H di negara kita.


"Jadi dia akan habiskan usia persaraan, berbelanja, melabur, anak dia boleh belajar. Jika mengalami masalah kesihatan dia mendapat rawatan di hospital negara kita," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah pagi.


Perubahan syarat itu, kata Saifuddin, setakat ini tidak menunjukkan kesan negatif atau berkurangnya peserta secara drastik. Juga mengambil kira negara baru melepasi pandemik Covid 19 dan baharu memasuki fasa kestabilan politik.


Bagaimanapun menjawab soalan tambahan Simpang Renggam, Saifuddin menafikan berlaku kemerosotan 90% dalam kemasukan peserta baharu bagi program MM2H.


Biar pun terdapat sedikit kemerosotan, katanya tetapi nilai simpanan kewangan yang dibawa masuk jauh lebih tinggi berbanding 5 tahun sebelum ini.


"Pertama, ada penurunan dari segi permohonan dan kelulusan tetapi tidak mencecah 90%. Penurunan itu, data 2019 yang memohon 3,900 setahun. Dengan syarat baru angka permohonan 2,000. Penyusutan hampir 50% tetapi kerana kita syaratkan fix deposit RM1 juta. Sekarnag yang kita luluskan 375, bermaksud RM375 juta telah ada dalam pasaran kewangan negara


"Yang sudah kita berikan pra kelulusan lepas semua tapisan, itu sudah 800 orang, bermakna RM800 juta (akan berada dalam sistem kewangan).


"Jadi mari kita banding. Saya tengok 5 tahun ke belakang jumlah pendapatan kepada kerajaan 2015 - 2019 jumlahnya RM958 juta dalam 5 tahun.


"Bila syarat kita ketatkan termasuk aset cair RM1.5 juta, setahun ini sahaja sudah hampir mencecah RM1 bilion. Statistik berbicara, penurunan dari segi kelulusan tetapi nilai kewangan income menghamiri RM1 bilion," katanya lagi.



 
 

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page