top of page

Program MADANI Rakyat ke Selangor hujung Februari



Program MADANI Rakyat akan disebarluaskan ke peringkat negeri mulai Februari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), negeri Selangor akan menjadi penganjur pertama program seumpama itu di peringkat Zon Tengah.


Program tersebut akan dianjurkan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2024, bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.


"Program MADANI Rakyat adalah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.


"Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha

meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.


"Program MADANI Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata kenyataan PMO.


Menurut kenyataan itu, program terbabit juga akan menjadi wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi peringkat negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.


"Program seperti ini mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.


"Program MADANI Rakyat Zon Tengah kali ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program TVET serta program kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya.


"Ianya turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Selain itu, Jualan Agro dan Mega MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung," katanya.


Manakala majlis penutupan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari 2024 dan akan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.


Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page