top of page

Program Madani Rakyat: 163 perkhidmatan kerajaan disediakan



Orang ramai berpeluang mengambil manfaat daripada 163 perkhidmatan kerajaan yang disediakan kepada pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini.


Daripada jumlah itu, sebanyak 121 perkhidmatan membabitkan agensi Persekutuan daripada 26 kementerian manakala selebihnya adalah kerajaan negeri, menurut Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


"Antara perkhidmatan rakan daripada kementerian dan jabatan (kerajaan) ialah kaunter diskaun saman trafik dan sebagaimana sambutan hebat pada program di Bukit Jalil tahun lepas, akan ada kaunter daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penukaran topi keledar.


"Kaunter-kaunter perkhidmatan lain seperti kaunter semakan bantuan Rahmah, pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya," kata Zurihanmi Zakariya dipetik dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.


Beliau memberitahu KPKM sebagai agensi peneraju program itu akan membuka pavilion khusus bagi menyediakan khidmat nasihat secara terus kepada pengunjung berkaitan pelbagai elemen antaranya teknologi padi, akuakultur, vertical farming selain menyediakan petting zoo sebagai tarikan kanak-kanak.


"Kita juga adakan Jualan Agro MADANI yang menawarkan paling kurang 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran," katanya.


Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang diturut dihoskan bersama kerajaan Selangor dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari.


Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Program MADANI Rakyat akan diadakan di enam buah negeri pada skala yang bersesuaian tahun ini bagi menyebarkan maklumat mengenai inisiatif dan pencapaian kerajaan kepada orang ramai.


Program Madani Rakyat bermula di Zon Tengah melibatkan Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini diikuti Pulau Pinang (Zon Utara) pada 26 hingga 28 April manakala Zon Timur di Pahang (28-30 Jun).


Katanya, program Zon Selatan diadakan di Johor pada 25 hingga 27 Julai manakala Sabah (27-29 September) dan Sarawak (18-20 Oktober).


Acara Program MADANI Rakyat lebih fokus kepada perkhidmatan yang boleh diberikan oleh agensi kerajaan termasuk pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page