Program MADANI Kita Batu Uban 5 September, Anwar dijangka hadir
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Persiapan bagi penganjuran Program MADANI Kita Batu Uban pada 5 September 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong kini giat dilaksanakan.
ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata beliau menghadiri mesyuarat persiapan program bersama Jabatan Penerangan Malaysia serta wakil jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran penganjuran.
"Saya menghadiri Mesyuarat Persiapan Program MADANI Kita Batu Uban yang bakal berlangsung pada 5 September 2026 di SMK Sungai Nibong," katanya dalam hantaran di media sosial.
Beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia serta semua wakil jabatan dan agensi yang hadir dan memberikan kerjasama dalam persiapan program berkenaan.
"Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia serta semua wakil jabatan dan agensi yang hadir serta memberikan kerjasama bagi memastikan persiapan program berjalan dengan lancar," katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Menurut Kumaresan, Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim dijangka hadir bagi merasmikan Program MADANI Kita Batu Uban.
Program berkenaan dijangka menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan masyarakat setempat serta memperkenalkan inisiatif dan agenda pembangunan MADANI kepada rakyat.




Comments