top of page

Program larian santai Evergreen Eco Run disambut baik warga KL

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31, 2022
  • 1 min read


Program larian santai, Evergreen Eco Run yang diadakan semalam melibatkan lebih 350 peserta di Taman Tasik Permaisuri disambut baik warga Kuala Lumpur.


Kehadiran Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau lebih mesra dipanggil Kak Wan menambahkan keterujaan peserta sebelum larian dimulakan.


Dalam program tersebut, Kak Wan memberi titipan kepada para peserta tentang pentingnya menjaga kesihatan diri sebelum peserta dilepaskan dengan airhorn.


Larian sejauh lima kilometer itu menyediakan empat kategori; lelaki dan perempuan dewasa juga murid sekolah dan menyediakan hadiah wang tunai RM200, RM100 dan RM50 untuk setiap tiga tempat teratas bagi setiap kategori, beserta medal.


Hadiah disampaikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah pada penghujung acara.


Kak Wan melepaskan peserta dengan airhorn

Pengarah bersama program, Hanif Lokmanal Hakim mengucapkan penghargaan di atas kesudian Dr Wan Azizah mengikuti acara berkenaan sehingga ke penghujungnya.


"Terima kasih Datuk Seri Dr Wan Azizah dengan kesudian merasmikan program ini, malah menambah eratkan lagi ukhuwah antara NGO, anak muda dan warga setempat dengan aktiviti yang melahirkan generasi belia sihat," katanya.


Manakala seorang lagi pengarah bersama, Mohamad Mahathir mengucapkan penghargaan kepada penganjur utama Central Region Run dan kepada barisan penaja GadjetPro, MedalLab, KKM, DBKL, Pusat Informasi Negeri Selangor dan pihak lain yang turut memberi sokongan.


"Kolabrasi bersama iaitu Pertubuhan Kebajikan Azizi Anas Malaysia, Pertubuhan Kesejahteraan Generasi Malaysia dan Pertubuhan Kesejahteraan Anak-Anak Miskin Harapan Kuala Lumpur menjadi pemangkin kepada cetusan penganjuran ini diadakan," katanya.





Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page