top of page

Program langsung kepada rakyat, aktif media sosial beri impak positif - KP JKOM

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
51 minutes ago
2 min read
Mohd Hisyamuddin Ghazali. Foto: FB Syam Ghaz
Mohd Hisyamuddin Ghazali. Foto: FB Syam Ghaz

Sebarang pertimbangan memilih kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 perlulah berasaskan prestasi pentadbiran pusat dan negeri, bukannya sentimen semata-mata.


Bagaimanapun, katanya tarikh PRU masih jauh hingga hujung tahun depan sekiranya menunggu habis penggal.


Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, tumpuan ketika ini seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan negeri masing-masing, termasuk menilai pencapaian kerajaan berdasarkan apa yang telah dilaksanakan.


"Kalau nak mempertikaikan, baik kita mempertikaikan apa Kedah, Perlis dan Kelantan (negeri pembangkang) buat? Maksudnya kita berhujah atas dasar prestasi, bukan atas dasar sentimen yang kita (Kerajaan MADANI) hadapi hari ini.


"Persepsi negatif itu sangat besar walaupun kejayaan sangat banyak. Kesannya kerajaan dilihat negatif. Jadi, tugas dan peranan JKOM adalah melaksanakan program secara langsung bersama rakyat dan wakil rakyat bagi menyampaikan mesej yang jelas daripada kerajaan terus kepada rakyat melalui program jabatan dan agensi bersama komuniti," katanya.


Beliau berkata, pendekatan itu penting kerana sebelum ini masih belum banyak program kerajaan yang benar-benar melibatkan agensi secara langsung dengan masyarakat setempat.


Menurut beliau prohtam anjuran JKOM kali ini amat berjaya, yang mana Jabatan Perdana Menteri (JPM) menetapkan sasaran sebanyak 1,000 program bagi semua agensi kerajaan di seluruh negara.


"Saya di JKOM menetapkan sasaran minimum 2,000 program yang wajib dicapai oleh semua kakitangan dan tahniah kepada semua kakitangan JKOM kerana kita telah berjaya mencapai sasaran tersebut.


"(Seperkara lagi), kita (kerajaan) akan memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial. Kita tak perlu jadi katak bawah tempurung (dan) kita kena sedar bahawa rakyat sekarang ini tak baca surat khabar, tak tengok televisyen dan tak dengar radio malah tak pergi ceramah politik.


"Tugas saya sebagai Ketua Pengarah JKOM kami nak ‘swing’ terus daripada bergantung kepada media konvensional, kepada media alternatif iaitu media sosial.


"Agensi kerajaan kena fokus bajet kepada media sosia. Kalau tidak, kita akan jadi kerajaan yang sentiasa defensive (menahan serangan)," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page