top of page

Program khatan percuma Pusat Khidmat Sg Petani meriah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 13, 2022
  • 1 min read


Program khas Khatan Perdana (Percuma) 2022 yang dianjurkan di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani kelmarin sempena cuti sekolah telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari.


Menurut beliau, program tersebut mendapat penyertaan menggalakkan daripada ibu bapa dan berlangsung dengan meriah di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani.


"Saya merasmikan Program Khatan Perdana 2022 yang berlangsung di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani pada pagi ini.


"Alhamdulillah, penyertaan pada kali ini cukup meriah dan berjalan lancar dengan kerjasama team urusetia Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani, ibu bapa, Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta semua pihak yang terlibat," katanya.


Dr Taufiq mengkhatankan salah seorang kanak kanak

Dr Taufiq yang juga seorang ahli perubatan turut mengkhatankan beberapa orang kanak kanak dalam program berkenaan. Difahamkan program tersebut dijayakan dengan kerjasama Persatuan Badminton Melayu Negeri Kedah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page