top of page

Program kesihatan percuma, selami aduan penduduk - Johari Abdul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 19, 2022
  • 1 min read


Program kesihatan percuma yang diadakan di kawasan Parlimen Sungai Petani turut digunakan untuk mendengar aduan penduduk.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, pendekatan serampang dua mata itu memudahkan usaha beliau untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasannya.


Terbaharu, Program Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma anjuran Parlimen Sungai Petani berlangsung dengan jayanya di Restoran Kopitiam Kim Tan, Taman Intan, semalam.


"Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar terutamanya dalam kalangan warga emas. Kebanyakan mereka mengambil peluang pada hujung minggu untuk bersama-sama menyertai program tersebut.


"Saya juga mengambil peluang ini untuk mendengar aduan serta permasalahan yang dikemukakan oleh masyarakat sekitar bagi dibawa kepada pihak yang berkaitan dan diambil tindakan lanjut," katanya.


Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr Muhammed Taufiq, Dr Muhammed Ibrahim serta Dr Eleena yang membantu dalam menjayakan program berkenaan.


"Tidak dilupakan ucapan terima kasih pada Saudara Jackson Ong yang bertungkus-lumus memastikan program dapat berjalan dengan lancar serta pemilik restoran, Madam Wong Ah Moy membenarkan pihak Parlimen Sungai Petani menjadikan kopitiam beliau sebagai lokasi Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma


"InshaAllah, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk manfaat warga Sungai Petani khasnya," katanya.



Datuk Johari mendengar masalah penduduk di samping program pemeriksaan kesihatan percuma

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page