top of page

Program kesedaran CPR beri manfaat kepada warga Wangsa Maju



Program Kesedaran Resusitasi Kardio-Pulmonari (CPR) yang dianjurkan bersama oleh Pasukan Bantuan Sukarela No. 3, Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (PBS 03, BSMM KL) dan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Taman Tasik Danau Kota, Setapak, semalam.


Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat berkenaan kepentingan teknik Resusitasi Kardio-Pulmonari (CPR) yang merupakan suatu kemahiran kritikal dalam menyelamatkan nyawa mangsa yang terhenti denyutan nadi dan pernafasan secara tiba-tiba.


Program itu dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Jessie Chiew, daripada Pasukan Tarian C9 Setapak, diikuti majlis perasmian program oleh Andre Lai Chen Heng dan Khairuddin Othman, Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur.


Andre Lai dalam pada itu mengalu-alukan penglibatan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam program seumpama ini dalam kawasan riadah di bawah DBKL, khususnya di Parlimen Wang Maju.


"Tasik Danau Kota adalah tempat yang amat sesuai untuk program seperti ini. Banyak maklum balas positif yang kami terima setelah program ini dijalankan.


"Selain daripada dapat menyebarkan kesedaran berkenaan CPR, saya percaya DBKL dapat memanfaatkan penggunaan tasik rekreasi seperti Taman Tasik Danau Kota ini untuk program yang berfaedah," kata beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Cheras Rehabitilitasi.


Latihan CPR amat berguna berhadapan pesakit jantung yang terhenti pernafasan secara tiba tiba

Andre Lai turut berhasrat membawa program kesedaran seumpama itu ke sekolah-sekolah dan pusat-pusat komuniti pada masa akan datang.


Sementara itu, seorang jururawat bersara di hospital kerajaan, Puan Kalai yang merupakan salah seorang peserta program berkata latihan CPR yang diberi amat berguna kepada orang ramai yang mungkin menghadapi perlu memberikan pertolongan cemas.


"Sering kali kita mendengar berita mereka yang meninggal dunia secara mengejut kerana tidak mendapat bantuan kecemasan tepat pada masanya.


"Sebagai seorang bekas pengamal kesihatan, saya berasa program kesedaran CPR ini amat bermanfaat kepada semua penduduk dan mengucapkan syabas kepada pihak penganjur," katanya.


Program berkenaan berlangsung dari pukul 7.00 pagi sehingga 9.30 pagi dan mendapat sokongan daripada beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, VitalFour Medical Sdn. Bhd., Big Pharmacy Sdn. Bhd., Laman Facebook Penduduk Wangsa Maju, Komuniti Bicara Makan & Minum Setapak, dan Pasukan Tarian C9 Setapak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page