top of page

Program kepimpinan masa depan KBS cungkil bakat pimpinan muda



Program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang diperkenalkan ketika Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara pada 2018 kini telah menjadi satu mercu tanda cemerlang bagi Kementerian Belia dan Sukan.


Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim (gambar, kanan sekali), program MFLS pada tahun ini telah berjaya melahirkan pelatih yang dipilih daripada 20,000 pelajar daripada sekolah pelbagai aliran di seluruh negara untuk disaring pada peringkat tier (peringkat) 1, tier 2 dan tier 3 yang kini berlangsung hingga pertengahan Mei ini.


Katanya, program pembinaan kepimpinan bakat muda tahap ketiga itu dijalankan selama 14 hari dan masuk ke modul bertemu pemimpin politik, GLC, korporat dan sebagainya.


"Program hari ini dihadiri 150 orang. Pada peringkat pemilihan, dari 20,000 (disaring) pada peringkat tier 1, tier 2 dan sekarang tier 3 tinggal 150 orang


"Kita harap program ini yang sebenarnya lebih luas skop, tetapi berdasarkan situasi selepas Covid 19 kita terpaksa kecilkan skop, juga (lawatan) ke negara lain ditangguhkan.


"Tetapi program ini kita harap dapat diteruskan bagi membangunkan kepimpinan golongan belia," katanya pada sidang media selepas Program Titipan Titian Kasih bersama oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, pagi tadi.


Menurut Adam lagi, program membina daya dan skil kepimpinan itu biar pun diikuti oleh remaja pada peringkat tier 1 sahaja namun mampu memberi mereka pengalaman berguna untuk membina keyakinan diri sebagai penggerak masyarakat


Apatah lagi, katanya, dalam suasana politik baharu Kerajaan Madani hari ini di mana negara amat menghargai dan mendorong golongan muda untuk menjadi pemimpin berkualiti.


"Program ini sejak 2018 sampai sekarang merupakan flagship Kementerian Belia dan Sukan. Program ini sentiasa berkesinabungan.


"Alumni sentiasa dikumpul. Mereka selepas tamat MFLS memang ada persatuan alumni, yang mana banyak dari mereka bertindak untuk susun program bukan sahaja bersama MFLS tetapi juga dibawa keluar sesuai dengan peranan mereka dilatih menjadi pemimpin di sini.


"Bukan sahaja kita dapat asah mereka yang terpilih. Tetapi tier 1, tier 2 dan tier 3 semua dapat manfaat dari program ini.


"Kita pun berbesar harapan program sebegini dapat diperluaskan lagi dari segi perlaksanaannya dari semasa ke semasa akan ditambah baik


"Terutama dalam keadaan sekarang, landskap politik baru, golongan belia diberi peranan bukan sahaja memimpin golongan masing masing tetapi juga masyarakat dan ramai lagi yang memerlukan program sebegini untuk mengasah daya kepimpinan," katanya lagi.


Peserta program MFLS dipilih di Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah, kemudian disaring ke tier 2. Sebahagian besar dipilih di atas talian dan daripada 20,000 peserta terpilih 997 peserta dalam sesi temuduga pada Mac lalu. Kemudian disaring lagi pada peringkat tier 3 dengan 120 peserta. Panel penemuduga dari GLC, NGO, dan pegawai kementerian.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page