top of page

Program kebajikan rakyat Selangor sentiasa ditambah baik



Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha menambah baik program kebajikan untuk rakyat di negeri itu, kata Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu dilaksana dengan perancangan rapi dan tersusun bagi mencapai matlamat akhir iaitu setiap inisiatif memberi sokongan kepada golongan memerlukan.


Malah peruntukan dana bagi usaha-usaha itu jelasnya, semakin bertambah tahun demi tahun.


"Program kebajikan negeri sentiasa ditambah baik termasuk menambah peruntukan beberapa program termasuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping Perayaan.


"Selain itu tahun ini RM10 juta diperuntukkan untuk program Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan RM50 juta untuk pastikan keterjaminan makanan rakyat Selangor.


"Tahun ini juga, buat pertama kali dalam sejarah Selangor, Kerajaan Negeri menaja sepenuhnya 36 jemaah haji Selangor menunaikan ibadah itu selain meneruskan insentif jemaah haji muassasah," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang 2024 di Ampang semalam.


Kerajaan Negeri melaksana program untuk rakyatnya melalui 46 program di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).


Inisiatif itu dipecahkan kepada enam kategori utama iaitu Iltizam Kesihatan Selangor, Iltizam Keusahawanan Selangor, Iltizam Mesra Anak Selangor, Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, Iltizam Pendidikan Selangor dan Iltizam Perumahan Selangor yang mana masing-masing kategori dipecahkan kepada program-program lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page