top of page

Program 'Kami Prihatin' KEADILAN Kluang bantu golongan memerlukan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 24, 2021
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Kluang meneruskan program 'Kami Prihatin' memberi bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan.


Menurut Setiausaha Cabang Kluang, Jaafar Matek, baru-baru ini 10 keluarga asnaf di Kampung Bentong dalam DUN Mahkota telah dibantu.


"Program Kami Prihatin akan diteruskan dari masa ke semasa sama ada dalam DUN Mahkota mahupon DUN Mengkibol.


"Program Kami Prihatin ini dijayakan bersama-sama NGO Jingga 13 Kluang dan mendapat kerjasama yang amat baik dari Adun Mahkota, YB Muhammad Said Jonit, beliau telah menyumbang wang tunai bagi membeli barangan sumbangan makanan tersebut," katanya.


Jaafar mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam program berkenaan seperti Saudara Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Saudara Zakarian Naib Ketua Cabang, Mathiwanan yang juga Naib Ketua Cabang serta AJK NGO Jingga 13 Kluang yang turut sama membantu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page