top of page

Program Jualan Murah Bandar Tun Razak dapat sambutan hangat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 21, 2024
1 min read


Program Jualan Murah dan Pemeriksaan Kesihatan di parlimen Bandar Tun Razak anjuran Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak pagi tadi meriah dan mendapat sambutan hangat.


'Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat' itu diadakan di perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan dihadiri kira kira 2,000 orang.


Sebanyak 13 tan barang basah dan kering dijual pada harga lebih murah berbanding pasaran seperti ayam, ikan, telur, beras dan minyak masak.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menyempurnakan jualan berkenaan berkata jualan tersebut dianjurkan bagi meringankan beban hidup warga kota.


"Hari ini kita ada jualan barang harian. Ini salah satu satu usaha yang digabungkan dengan (kerjasama) YB Bukit Gantang, Syed Abu Hussin.


"Kita cuba buat supaya ramai lagi dapat manfaat," katanya.


Selain jualan barangan keperluan harian, program itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.


Program tersebut julung julung kali diadakan di parlimen berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page