
Program Jom Sihat Parlimen Alor Gajah baru baru ini berjaya mengumpul 210 peserta bagi menggerakkan aktiviti senamrobik di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat Parlimen Alor Gajah, program anjuran bersama Pertubuhan Durian Tunggal Perihatin dan Persatuan Tindak Komuniti lnklusif Melaka itu telah diadakan di Taman Poh Ah Tiam, Machap Baru.
"Program turut dihadiri YB Ngwe Hee Sem, ADUN Machap Jaya. Juga Datuk Ginie Lim sebagai Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah mewakili Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari merasmikan program tersebut," kata kenyataan itu.

Proram yang diadakan pada 25 Jun lalu itu merangkumi senaman berjalan 10,000 Langkah, senaman aerobik dan saringan kesihatan.
"Tahniah dan terima kasih kepada 210 peserta yang telah hadir dalam program, termasuk penyertaan seramai 20 orang pelajar dari SMK Tebong dan juga 30 Orang Asli .
"Mereka yang berjaya melakukan saringan kesihatan seramai 79 orang, serta 17 orang berjaya didaftarkan dengan Peka B40," kata kenyataan itu lagi.
Comentarios