top of page

Program Jom @ Coop 2025 bukti kekuatan gerakan koperasi – Azli Yusof

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18
  • 1 min read
DS Ramanan (berbaju batik hijau) bersama Azli di pameran Program Turun Padang Jom @ Coop 2025
DS Ramanan (berbaju batik hijau) bersama Azli di pameran Program Turun Padang Jom @ Coop 2025

Program Turun Padang Jom @ Coop 2025 yang berlangsung selama enam bulan berjaya menghimpunkan lebih 5,500 ahli lembaga, pengurusan dan anggota koperasi di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.


Majlis penutup program itu disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan semalam.


Menurut Azli, program berkenaan membuktikan koperasi bukan sekadar entiti ekonomi, sebaliknya turut menjadi platform pendidikan, inovasi dan pengukuhan masyarakat.


"Kerajaan menyasarkan pencapaian RM73 bilion menjelang 2030 sebagai bukti kekuatan koperasi dalam menjana ekonomi rakyat," katanya dalam kenyataan.


Beliau menegaskan koperasi era baharu perlu berilmu dan adaptif, dengan memberi tumpuan kepada pendigitalan pentadbiran, kewangan serta pemasaran supaya kekal relevan dan mampu menarik generasi muda.


"Penglibatan anak muda amat penting kerana merekalah pewaris yang akan memastikan koperasi terus segar, progresif dan berimpak besar," tambahnya.


Azli turut menekankan bahawa koperasi selaras dengan semangat Madani mesti menjadi tonggak ekonomi rakyat yang mampan, menyantuni keperluan masyarakat dan membina kesejahteraan bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page