top of page

Program Jiwa@Komuniti MADANI Titi Serong rapatkan rakyat, pemimpin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read

Dr Mujahid (berbaju kuning) gembira dengan penyertaan masyarakat setempat dalam program dianjurkan
Dr Mujahid (berbaju kuning) gembira dengan penyertaan masyarakat setempat dalam program dianjurkan

Oleh: Akmal Manaf


Menjunjung semangat Malaysia MADANI, Jabatan Penerangan Malaysia Perak telah menganjurkan program Jiwa@Komuniti MADANI Titi Serong C bertempat di Ruang Legar Mydin Parit Buntar, Perak semalam.


Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, pembukaan akaun Tabung Haji (TH), pertandingan mewarna serta cabutan bertuah kepada pengunjung.


Terdahulu, beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Parit Buntar merasmikan acara berkenaan yang turut dihadiri Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Titi Serong, Muhamad Nakahaie Abdul Wahab dan Ketua AMANAH Kawasan Parit Buntar, Adnan Abdul Rahman bersama barisan pimpinan AMANAH yang lain.


Menurut Dr Mujahid, program tersebut merupakan satu inisiatif mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan masyarakat, seiring semangat Malaysia MADANI.


"Sempena cuti umum Hari Pekerja hari ini (semalam), saya juga berpeluang menyantuni penduduk dan pelanggan yang hadir ke Mydin berkongsi senyuman, bertukar cerita dan menghayati semangat perpaduan dalam suasana yang cukup meriah dan mesra rakyat.


"Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk agensi kerajaan, rakan kolaborasi, Mydin dan para sukarelawan yang menjayakan program ini dengan cemerlang.


"Jiwa rakyat adalah denyut nadi negara. Semoga usaha sebegini terus memperkukuh hubungan erat antara rakyat dan kerajaan serta membina komuniti yang lebih inklusif dan sejahtera," katanya dalam muat naik di Facebook rasmi beliau.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page