
Buat pertama kali dalam sejarah, Jawatankuasa Penubuhan Ranting KEADILAN Pusat akan menganjurkan Program INDUKSI KEADILAN secara maya pada 4 Sept 2021, jam 9 malam.
Program ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman terhadap asas perjuangan KEADILAN.
Tugas moderator digalas oleh Setiausaha AMK, Syukri Razab yang akan menampilkan tiga orang speaker iaitu Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Dr. Syed Husin Ali, Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi MPN Wilayah, Zahir Hassan.
Syed Hussin akan turut sama membentangkan serta berkongsi mengenai matlamat perjuangan KEADILAN selain turut mencerakinkan sejarah perjuangan KEADILAN dan hala tuju politik semasa KEADILAN.
Program ini terbuka kepada semua khasnya anggota KEADILAN dan akan berlangsung di ZOOM dan akan disiarkan di Facebook Parti Keadilan Rakyat.
Penyertaan melalui ZOOM adalah terhad dan yang berminat untuk menyertai INDUKSI KEADILAN secara ZOOM bolehlah membuat pendaftaran melalui pautan ini https://us02web.zoom.us/.../801.../WN_dIFBvquJRvGAKjKKN9dppw.
Comments