top of page

Program imunisasi pneumokokal diperluas - Dr Zaliha



Kerajaan memperluas program pemberian imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun di negara ini.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata sebelum ini kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.


Melalui program itu kini, kanak-kanak terbabit boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 31 Mei tahun hadapan.


"Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak mereka boleh mendapatkannya secara datang terus di klinik-klinik kesihatan dan desa di seluruh negara atau membuat janji temu di aplikasi MySejahtera," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Rabu.


Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.


Bakteria itu boleh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia); radang sinus; jangkitan telinga tengah; radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis); serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia) yang membawa komplikasi termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.


Dr Zaliha berkata KKM menyasarkan 700,000 atau 70 peratus daripada satu juta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 untuk diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun itu.


Berbanding tiga dos yang diberikan pada bayi di usia empat bulan, enam bulan dan 15 bulan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun akan diberikan satu dos vaksin.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page