top of page

Program Hasil Suri negeri Selangor ditambah baik melalui jaringan pemasaran atas talian


Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) yang berlangsung selama lima hari dan akan berakhir esok merupakan kejayaan Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan kecil dan sederhana wanita Selangor sejak beberapa tahun lalu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, cabaran ke hadapan adalah untuk memantapkan lagi pemasaran dan mewujudkan ekosistem yang dinamik dalam melahirkan usahawan wanita menerusi program HaSSel.


"Hari ini hasil suri negeri Selangor atau HaSSel dapat diteruskan walaupun di dalam talian dan telah memberi sokongan kepada lebih 800 produk di kalangan wanita seluruh Negeri Selangor. Saya kira ini satu kesinabungan yang berterusan dari program kita laksanakan pada tahun lepas.


"Saya bangga dengan program e-bazar kita melatih 27,000 peniaga kecil walaupun secara fizikal mereka tidak boleh berurusniaga.


"Kepentingan yang saya sebutkan bagaimana kita mebina ekosistem, jaringan berkualiti mampan dan berdaya saing untuk meneruskan ciri-ciri dan program negeri dalam cabaran yang melanda," katanya pada majlis perasminan HaSSel negeri Selangor, semalam.


Menurut MB, cabaran lebih besar selepas ini adalah untuk menjajarkan semula program-program yang popular dalam kalangan rakyat negeri Selangor dengan realiti kehidupan dalam suasana pandemik Covid 19.


Katanya, beliau telah membatalkan beberapa program yang popular dalam kalangan rakyat seperti bantuan perkahwinan RM500 dan menumpukan kepada perancangan ekonomi keluarga, serta menambah pendapatan bagi golongan muda agar mereka mempunyai persediaan yang baik untuk mengemudi rumahtangga agar tidak berlaku tekanan mental atau penceraian pada usia muda.


"Sejak awal saya menggalas amanah sebagai MB saya fikirkan bagaimana kita mahu menjajarkan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan pemerkasaan rakyat kerana sebagian program itu popular tetapi aspek kemampanan berkurangan dari tahun ke tahun dan akhirnya ia membebankan kepada generasi hadapan.


"Paling tidak kita sekarang berjaya mengekalkan program kebajikan. Malah 65% belanjawan kita masih memberikan kebajikan tetapi kita menukar format. Dari awal dahulu beri apa kita ada kepada memberi apa mereka mahukan, sekarang kita berikan apa mereka perlukan.


"Di masa depan kita cuba fokuskan IPR dan pemerkasaan rakyat mengikut klusternya. Bagaimana sektor itu dapat memberi bantuan menyeluruh dan lebih berkesan," katanya.


Selain itu, Amiruddin juga menyentuh mengenai wabak Covid yang mempercepatkan Selangor bergerak ke arah negeri digital.


Katanya, pelan dasar untuk menjadikan negeri digital atau smart state pada 2025 dipercepatkan ketika Covid dan masyarakat terpaksa melaksanakan banyak aktiviti secara atas talian.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page